Saturday 4 June 2011

Assalamualaikum


Hari ini cuaca agak extremely hot. MasyaAllah. Sungguh hot sampaikan kipas di set pada kelajuan maksima pun {bilik saya tiada air-cond. Harap maklum} pun masih mampu menyebabkan rintik-rintik kasar peluh di seluruh badan. Maaf, bunyinya agak gross saya tahu tapi kadang-kala kita perlu menceritakan hal sebenar. Tiada guna berselindung pada cerita dongeng yang indah seperti 'Saya panas, saya ok!'

Badan juga berasa kurang sihat pada hari ini; sakit kepala & sakit perut. Di tambah pula dengan cuaca yang membahang, menyebabkan saya grumpy seorang diri di dalam bilik. 

Sekarang saya sedang menaip entri ini sambil menonton satu filem Thailand di Astro Prima bersama ibu bapa. Sungguh ganas filem ini kerana banyak memaparkan adengan bunuh-membunuh & belasah-membelasah. If you know me that much, anda akan tahu bahawa ini bukan genre filem pilihan saya. Walaupun bunyinya agak kliche, tapi saya suka menonton filem yang mempunyai penghabisan cerita yang menggembirakan. Contohnya;

Filem ini saya tonton semasa saya berusia 10 tahun kalau saya tak silap


A Walk In The Clouds, my all time favourite :')
I was so fortunate that I found the dvd at Speedy 2 years ago

Sedar tak sedar saya sudah bercuti hampir 3 minggu. Apakah pencapaian terhebat yang telah berjaya saya gapai? *ketukan dram*

Saya telah berjaya mandikan si kecik berbulu kesayangan {yang hampir berusia 2 bulan} pada petang tadi dengan penuh jayanya! WoohoO! Sudah pasti itu tidak akan menjadi kenyataan tanpa perasaan kasih sayang yang membuak-buak selepas melihat badan si kecik yang kotor selepas bermain-main di dalam longkang. Ya, tanpa perasaan kasih sayang, masakan anda sanggup? -.-'

Gambar si kecik pada entri lain mungkin? Si kecik 2 beradik sungguh aktif sekarang ini, tidak boleh duduk diam. They haven't been exposed to the world of cam-whoring mungkin? Maka, maafkan mereka

Gambar ini bertajuk 'Just smelling the flowers'
Mungkin kucing ini di lahirkan di hadapan camera. Natural talent she/he's got there I can tell

Ok, sekian sahaja buat kali ini. Filem Thailand ini semakin dramatic. Hero dia comot gila tapi gagah perkasa. Tapi mati sebab sumpahan karma. What the fungi?!!

1 comment:

ihsan_huhu said...

fuh nih dh bersayang2 nih dh wajib buat blog baru nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...