Saturday 23 July 2011

Hobi Emak Saya

Seperti kebanyakan ibu-ibu dan suri-suri rumah yang lain, Emak saya juga mempunyai hobi iaitu berkebun. Beliau sangat suka berkebun sehingga sanggup menghabiskan puluhan malahan ratusan ringgit semata-mata untuk hobi beliau itu. Pada setiap pagi & petang, beliau akan menghabiskan masa beliau untuk menyiram, membaja & menyusun pasu-pasu bunga

Oh, saya masih ingat lagi. Semasa beliau di Mekah menunaikan haji pada penghujung tahun 2009 dahulu, soalan lazim yang wajib di tanya beliau melalui corong telefon ialah tentang pokok-pokok bunya kesayangannya, samada Kak Rah {sepupu Abah merangkap teman saya untuk membersihkan rumah & makan pagi setiap hari. Kadang-kala, apabila Kakak & Abang ipar ada urusan di luar, beliau akan datang menemani saya pada waktu malam. Terima kasih Kak Rah! Saya sayang Kak Rah } sudah menyiram & membaja mereka

Di samping itu, Emak saya juga membela ikan emas {?}. Ini ialah alibi betapa obsesnya beliau terhadap hobinya itu. Pada 2 minggu lepas, sebaik sahaja Baru pulang dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa menghantar Mok Cik Pah, jiran kami menunaikan umrah, tanpa sempat menyalin pakaian, beliau terus sahaja menjenguk ikan-ikannya

Mok Cik Pah & her 3 {out of 5} children
Yang lelaki itu ialah anak bongsu bernama Ikhwan aka Ayah Su, berumur 22 tahun, menuntut di UNISZA & bakal berkahwin pada Februari tahun depan

Cuba teka apakah yang sedang di lakukan oleh Emak saya?

Jawapan anda salah, tidak mengapa
Beliau sedang menyauk {?} ikan-ikan untuk di pindahkan ke kolam yang lain. Ini kerana air di dalam pasu itu sudah keruh

Eh, kemanakah Emak saya telah pergi?

Oh, beliau sedang memindahkan ikan-ikan ke dalam kolam ini rupanya

Buat pengetahuan anda, ikan-ikan di dalam kolam ini {ya, ada ikan Team A & B ya kawan-kawan} sangat jinak, mereka suka di raba sentuh-sentuh kepala mereka. Maka tidak hairanlah kucin saya Tommy pernah jatuh ke dalam kolam ini ketika asyik merendamkan mulutnya. Konon-kononya mulutnya yang berbulu itu boleh di jadikan sebagai umpan untuk membaham ikan-ikan. Lol! Awak ini kelakarlah Tommy!

Saya tidak tahu nama khas untuk benda ini, air terjun mini mungkin
Ayah saya telah membinanya dengan kudrat tulang empat keratnya setelah di minta oleh Emak. Kebelakangan ini, Emak saya meminta Ayah saya membina sebuah pagola pula. Ayah saya sungguh berbakat bukan?

Maafkan saya kerana hanya mampu melihat Emak saya bertungkus-lumus di belakang. Kawan-kawan harus tahu saya takut & tidak makan ikan kecuali ikan bilis, ikan sardin, ikan gulai nasi dagang & ikan cicah budu sahaja. Oh Tuhan, bercakap tentang budu membuatkan kecur mulut saya :')

Cuaca agak panas ketika ini di Kota Bharu, tempat anda bagaimana pula? Selamat menikmati petang sabtu! Jangan nakal-nakal! ;)

3 comments:

Safiah Ibrahim said...

oh. disini juga sangat panas.. :)

yanaSham said...

sini panas dan kemudian malamnye hujan.sangat syok tido di waktu malam.hehe

ihsan_huhu said...

fuh gambar last tuh mmg vain abes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...