Wednesday 5 October 2011

Saya Mahu Berjaya

August 2008
Kalau ada teddy bear sebesar ini di office, nescaya saya akan pakaikan dia dengan tudung & baju, dan minta dia gantikan tempat saya di dalam kelas 

Esok pagi saya ada test Tort. Pagi tadi saya tidur selama 2 jam setengah sahaja. Malam ini saya bakal berjaga juga, InsyaAllah & mungkin akan curi-curi tidur ayam sekejap

Tadi saya nyanyi lagu 'Pulanglah' dari Aisyah. Syairah, roommate saya pun turut sama nyanyi tapi beliau tukar lirik kepada; "Suara Cookie...sungguhlah tak sedappp" :))

Penat tapi tidak mengantuk. Pernah tak saya bagitahu kamu saya tidak serasi dengan caffein? Tapi saya sungguh terdesak, maka saya pun mengambil nescafe selama dua hari berturut-turut

Esok Chief Justice datang UiTM Law Faculty. Kelas saya terpilih untuk attend talk beliau. Semoga saya tidak tidur di hadapan beliau nanti seperti mana saya telah tidur di hadapan Law Dean dari satu universiti dari India minggu lepas. Maafkan saya Mr R, saya sangat penat pada hari kejadian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...