Sunday 24 July 2011

Fakta Menarik Tentang Islam


#1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia & juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack & Harry

#2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

#3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab; Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl

#4. Beberapa ayat di dalam Al-Quran menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki & wanita (secara perkiraan matematik). Perkataan “Lelaki” & “Wanita” di dalam Al-Quran sama-sama berjumlah 24

#5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah

#6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun

#7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

#8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim yang disebut Hafiz yang telah menghafal kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang di hafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga

#9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat; dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3700 daripadanya yang beragama Islam

#10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS & 20000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11

#11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal

#12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817 setelah 3000 tahun berada di bawah tanah & pasir

#13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat {selama 16 bulan} sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis 

#14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca & menulis, namun ingatannya sangat kuat & sangat bijak

#15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii…ummatii…ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya

#16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud

#17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran

#18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim, Abdullah & Ibrahim meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru

#19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi & sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden

#20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangunka Kaabah

{source: mediaserius.com}   

2 comments:

Diyana said...

Oh, ya! Nak tambah: Buku Ibnu Sina yang bertajuk Canon of Medicine kini digunakan sebagai buku teks untuk pelajar perubatan di eluruh dunia.

ihsan_huhu said...

fakta no 12: umat islam hadari mmg suka bersolat di dalam mesjid kristal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...