Friday 24 May 2013

Rahsia Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah & cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu & lebih wangi daripada kasturi

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad saw kerana diturunkan ketika Baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelaki Baginda, Ibrahim & bapa saudaranya, Abu Thalib

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:- 

  • Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, InsyaAllah Allah s.w.t memakbulkan doa kita
  • Jika kita kehausan & tiada air, bacalah surah ini & gosokan di leher, InsyaAllah hilang dahaga 
  • Jika sering sakit mata seperti berair, gatal & bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata 
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah beri ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu 
  • Jika membacanya 1000x, InsyaAllah rezeki kita akan bertambah
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut & khusyuk ketika menunaikan solat 
  • Jika orang teraniaya & terpenjara, membacanya sebanyak 71x, InsyaAllah Allah akan memberikan bantuan kepadanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...