Tuesday, 3 May 2011

Kematian Osama bin Laden : Respon Saya



A simple comment posted by Menteri Besar Kelantan at his fb regarding the announcement on the death of Osama Bin Laden by Obama {this guy needs no introduction} 2 days ago

1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M


Ok, in freedom of speech conferred on me, this is my say, in the simplest sentences I could convey

Poor Osama & the rest of innocent Afghanistan people. If it's true that the tragedy of 11/9 was planned & caused by al Qaeda, justice should be sought in its long established legal way, not by attacking the state without having strong & concrete evidences to convict. Haven't you heard of the International Court of Justice {which had seen a lot of disrespect coming from your state, I shall add}, Mr President? How do you define justice when Osama wasn't even tried ab initio? 

Self-proclaimed world police fails big time this time #fail

And it's so sad seeing some of Muslims blatantly said something bad to Osama. Kalau betul pun dia salah, who are we to judge him? {Please refer to point no 1 above. Thank you} As if giving such harsh comment(s) would be an alibi that you know everything under the sun? Inilah pentingnya English education International Law

After all, this isn't the first time Osama was reported dead. Plus, with that evidence picture that even my 3 year-old second cousin can tell it was photo shopped

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...