Wednesday 10 August 2011

I Lay My Love On You

I once blogged about my favourite tv show which is The Nanny but pardon moi, things are no longer the same after I laid my eyes on this prince. Woots! :')

Prince Arthur Pendragon of Camelot, starring by Bradley James in Merlin


S: Jadi Cik Suria, mengapa anda suka menonton rancangan ini?
Sebagai seorang yang tidak gemarkan rancangan aksi lasak & ganas atau gocoh-gocoh dalam bahasa Kelantan, saya harus akui cerita ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri *coughs* yakni si pembantu, Merlin & sang Putera Kacak. Kuasa magik yang di miliki oleh Merlin tanpa di sedari oleh sang Putera telah banyak menyelamatkan nyawanya

S: Pada pukul berapakah rancangan ini ke udara?
Isnin hingga Jumaat, pada pukul 5 petang & 9 malam di Saluran 702 Astro

S: Jika di beri peluang, watak apakah yang Cik Suria mahu lakonkan?
Sudah semetinya Guinevera atau Gwen, orang suruhan istana yang menjadi buah hati sang Putera! *tersipu-sipu* Cinta tidak mengenal pangkat, cinta hadir dari hati yang ikhlas & tanpa paksaan

S: Cik Suria percaya pada cinta pandang pertama?
*termenung jauh* Susah untuk saya terangkan di sini. Soalan seterusnya, tolong? 

S: Apakah kesudahan cerita ini?
Sang Putera di angkat menjadi Raja mengantikan ayahandanya, King Uther Pendragon. Dan selepas itu, sang Putera akan mengahwini saya *coughs* maksud saya Guivenera. Saya sangat gembira cerita ini berkesudahan dengan penutup yang mengembirakan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...