Assalamualaikum & hello loves! Selamat hari Rabu! ♥
Rasa macam dah lama tak mempoyokan diri cerita pasal chambering. Awal-awal hari tu rajin bebenor amik gambar. Kununnya nak buat ala-ala "My Chambering Journey", amik gambar everyday & jot down hari ini buat apa, kerja banyak mana etc. Tapi biasalah, saya hanyalah insan biasa di mana hari-hari yang berlalu tidak semestinya indah & penuh drama seperti Harvey & Mike di dalam Suits. Ada hari di mana lunch pun tak sempat, meja penuh dengan files & dokumen, buat 2,3 kerja dalam satu masa & ada juga hari di mana Master ada urusan di luar & masuk office lambat maka kita tidur sekejap di dalam surau akibat terlampau lemau membuat kerja
Mohon dirahsiakan daripada pengetahuan Master saya. Bahahaha!
I'm now in my fourth month of chambering. So far so good. Civil area isn't that boring like I used to think. There's always something to learn everyday, Alhamdulillah. I'm currently doing Probate, Conveyancing & Litigation. Criminal cases ada la buat sikit-sikit yakni tolong my chambering mate, Saiful buat surat or fax to courts & penjara, tolong dia cari files yang bersusunan itu & accompany dia pergi interview clients dalam penjara. Sometimes, the Master & I ada juga lah follow Encik H & Saiful to the courts for criminal trial. Rape or outrage modesty cases la biasanya. Saja nak penuhkan bench depan, gigih menyalin macam adik-adik first day lecture kat uni. Hihi!
When was the last time I showed you my table at the office? Untuk tahun 2013 ini, no major change pun except I've my own printer & meja juga semakin semak yang menjadi yardstick tahap kesibukan
27 Jan 2013. Handling 2 probate files at one time, maka meja seperti pre garuda attack
Hiasan semata-mata
Itu bukan habuk, itu adalah snow
Hobi saya di office adalah mencuci toilet, lap meja di pantry, cuci sink, lap meja-meja & kalau la vacum office tu tak berat, maybe 2 hari sekali vacum lantai. Kadang-kadang kalau terover rajin, meja En H & Saiful pun saya kemas-kemas juga. And, I've this one habit of rearranging the chairs. Pantang tengok kerusi senget or terusik sikit, mesti tangan gatal nak betulkan. Oh Allah, penyakit apakah ini?
Maybe patut tulis surat rasmi untuk Master supaya diberi pertimbangan untuk bagi elaun tukang cuci juga untuk saya, selain elaun chambering. 2 in 1 katanya