13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2. Kaki dan semacam hantu loceng
'Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan' – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31). Keterangan: Menampakkan kaki & menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina & tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah & Hibban)
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani).
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
6. Muka & leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu & janganlah kamu
menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah
7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binti Abu Bakar telah menemui
Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai
Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja'
(Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan
dari Hadis Riwayat At Tabrani & Baihaqi)
9. Mata
Dan
katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat
31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, 'Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.' (Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi)
10. Mulut
(suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari
Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, 'Sesungguhnya akan ada umatku yang
minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka
dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) & penyanyi perempuan, maka Allah
akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat
Ibn Majah)
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka & menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat
31)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya & mentaati suaminya, maka masuklah ia
ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis
Riwayat Riwayat Al Bazzar)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud & Ibn Majah)
12. Pakaian
Barangsiapa memakai
pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah
akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari
Hadis Riwayat Ahmad, Abu Duad, An Nasaii & Ibn Majah)
Petikan dari
Surah Al Ahzab Ayat 59, bermaksud: Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu & isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh & longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat & menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga & tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk &
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari &
Muslim)
Riwayat Imran bin Hushain ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No. 4921)