Printscreen-ed on 12/02/2015 at 10.38 pm
Perginya
seorang ulamak, pemimpin, guru & murabbi yang sangat disayangi &
disegani oleh kami rakyat Kelantan pada 9.40 malam Jumaat, 12/02/2015
Semasa menerima perkhabaran berita tentang pemergian Almarhum melalui whatssap dari seorang rakan, terasa seperti mimpi. Malah sehingga ke saat ini, masih tidak terkejut dengan pemergian Almarhum. Terasa besarnya kehilangan ini, di saat kami masih memerlukan seorang ulamak & pemimpin seperti Almarhum. Ramai orang yang tidak pernah berjumpa dengan Almarhum turut berasa kehilangan & berasa sangat sedih, apatah lagi kami rakyat Kelantan yang pernah di bawah pimpinan Almarhum, yang selalu mengikuti perkembangan Almarhum selama Almarhum memerintah Kelantan selama 23 tahun, yang selalu menghadiri kuliyyah Jumaat Perdananya pada setiap hari Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu atau yang pernah menghadiri majlis-majlis rasmi yang turut dihadiri oleh Almarhum di mana-mana sahaja di sekitar Kota Bharu
He had his own aura. Something that could made you stop & look at him in admiration. He was so humble, so fatherly, so kind that he was loved & respected not only but Muslims but also non-Muslims
Rindu. Masih rindu. Teramat rindu. Hingga sekarang mata masih sangat mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton video atau gambar-gambar Almarhum
Semoga tenang di sana Allahyarham Tok Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pemergianmu tiada gantinya. Kami semua saksi perjuanganmu dalam menegakkan agama Allah. Al-fatihah...
- Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Nik Mat Meninggal Dunia
- Keperibadian Nik Aziz yang sentiasa dikagumi
- Allahyarham Nik Aziz Selamat Dikebumi Pada 10:53 Pagi
- Amanat Terakhir Tuan Guru Nik Aziz
- Suasana Di Lokasi Pengkebumian Allahyarham Nik Abdul Aziz
- Allahyarham Nik Aziz Dikebumikan Di Sebelah Pusara Ayahnya
- "Nanti Abang Tak Dok, Sapo Nok Jago Yah?"
- Orang Ramai Masih Membanjiri Tanah Perkuburan